Salam..
Alhamdulillah.. Tirai 2011 dirasmikan dengan contest pertama utk tahun ni yg saya join.. Contest apa yer?? Jom scroll ke bawah.. :)
v
v
v
v
v
PENGUMUMAN..! PENGUMUMAN..!
Anda Suka Travel? Anda Ada Gambar Percutian Yang Menarik Untuk Dikongsi Bersama?? Jom Sertai Contest Ni.. Hadiah Berbaloi-baloi~~
" I LOVE CLICK : MY BEST TRAVEL PICTURE!"
Senang je nak sertainya..
Apa yg perlu dilakukan adalah:
- Cari gambar percutian anda yg paling best..
- Upload kat entry..
- Explain tentang gambar tu..
- Da siap entry, jangan lupa bagitau penganjur pertandingan ye!
Berminat??
Tarikh tutup: 9 Januari 2011!
Nak Tengok Gambar Percutian Saya? Jommm~~ ^_^
*************************************************************************
"Pictures still speak the most universally understood language.."
Apa yg istimewanya gambar ni?
Banyak yang tersirat berbanding yg tersurat.. Istimewanya gambar ni adalah ni percutian saya yg pertama ke luar negara.. Alhamdulillah, sy berjaya menjejakkan kaki ke United Kingdom pada 6-12-2010 sehingga 5/1/2011..
Saya bukanlah kaki melancong.. Kat dalam negeri pun sy da xtermelancong, apatah lagi kat luar negara.. Tapi alhamdulillah, ari tu dapat greenlight drp parents utk p oversea.. Alang-alang da dapat peluang melancong camni, ape lagi..Jom terjah.. Muehehehe...
Dari Malaysia, saya terbang seorang diri ke negara asing, United Kingdom.. Dalam keadaan musim winter di negara tersebut, bajet diri leh kebal ngan suhu sejuk, saya cuma pakai sweater je tanpa winter jacket.. masa tu, suhu -7 darjah celcius.. Ape lagi, kuar je dari perut MAS MH003 di Heathrow Airport, sekali kene terjah dengan udara sejuk da.. Asalnya sy nak terjah UK, tapi akhirnya sy yg diterjah..ala2 melodi la plak..haha.. Untuk 2 minggu yg pertama, sy demam.. Kaw2 punya demam..
Da nama trip sy ni pun Jalan-Jalan Cari Salji, jadi memang harapan bila da sampai sini nak main salji puas2 la.. Berangan nak buat Mr. Snowman gitu.. Tapi, untuk 2 minggu pertama, impian saya hancur.. Jangankan salji, ujan pun idak.. Masa ni da start kecewa da.. Daripada hari2 tengok ramalan kaji cuaca, terus xtengok langsung da.. T_T
Tapi, mungkin da rezeki sy, lepas 2 minggu, salji pun turun.. Bukan renyai2, tapi terus lebat.. Masa ni perasaan da over excited.. Salji start turun kul 3.30am.. Sy bangun ms ni dalam kul 5 sebab spupu yg kejutkan bagitau salji da turun.. Pe lagi, terus duk depan tingkap tengok salji turun.. Kalo la time ni bukan waktu pagi, kompem sy da bergolek2 kat luar..Haha..
Dan ni gambar yang paling best yg pernah terakam sebagai kenangan saya kerana ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke United Kingdom dan kali pertama jua saya menggenggam salji dengan tangan sendiri dan kali pertama jua sy membuat aksi saya melompat ketika bergambar..ahaks.. *kus semangat bila melompat*.. Eh, xdilupakan juga kali pertama join contest utk tahun 2011 ni.. Haha.. - gambar ni diambil kat Wollaton Park.. Kat sini ada ladang ternakan rusa..
Baru beberapa hari balik malaysia dah membuatkan saya rindu dengan UK.. Harap2 sy dapat pgi lagi kat tempat ni.. Kali ni bukan lagi berseorang, tapi nak berteman..Muehehe.. InsyaAllah.. ^_~ Jom kita melancong ke UK!!